Tuesday, November 14, 2006

Wira

Aku mmg suka pinjam moto Man. Die tua 4 tahun dari aku. Dia nih pandai gak la jaga moto die. Kalau bawak jalan memang puas hati la. Man nih belajar setakat SPM je. Terus keje. Senang. Tak payah serabut-serabut. Kalau di ikutkan keputusan SPM dia tak lah teruk sangat. Kira bolehla kalau nak sambung STPM . Tapi dah malas katanya. Jadi die mintak keje kat kilang. Dapat. Dah memang rezeki dia kat situ agaknya.

Satu malam aku dapat call dari Man. Dia kata die nak jual moto die. Nak beli kete. Kancil. Aku terkejut. Aku memang tak setuju cadangan die. Ade Lima sebab. Satu - Sebab aku rasa die tak mampu nak bayar. Dua - Sebab aku tau die tak berapa pandai sangat bawak kete. Tiga - Sebab aku suka bawak moto die. Empat - Sebab aku suka bawak moto die. Lima - Sebab aku suka bawak moto die.

Die beria bagi alasan kat aku senang nak pegi keje kalo hujan. Tapi aku tau. Die nak ngorat sorang awek kat kilang tuh. Die selalu cerita kat aku pasal awek tuh. Die nak buat sesuatu yang boleh buat awek tuh cair kat die. Perbualan aku ngan dia malam tuh tamat camtuh jer. Aku beria cakap kat dier tak payah beli. Tapi dier tetap nak beli gak dan sebenarnyer die dah submit pun loan nak beli.

Beberapa bulan lepas tuh aku dapat SMS daripada Man. Die dah kuar kete baru. Tak jadi amik Kancil. Dier amik Wira. Aku tak reply pun.

Aku terserempak dengan dier kat Ipoh Parade dalam semingu dua lepas tuh. Die tengah jalan ngan sorang awek. Awek tuh la kot yang dier nak ngorat. Bleh tahan cun gak la. Patut la Man tergila-gilakan sangat awek tuh. Die beria ajak aku tengok kereta die. Aku malas. Aku bagi alasan aku nak cepat.

Hari ini, 3 tahun yang lepas, 2 minggu lepas aku jumpa Man kat Ipoh Parade, aku dapat call dari Khairul.

Man accident kat simpang empat kat Taman Meru. Accident dengan lori. Die mati di tempat kejadian.

Aku masih tak tau colour kereta Wira Man.